Sukar untuk kita menerima apabila seseorang yang kita sayang pergi meninggalkan kita buat selama-selamanya. Namun, hakikat kematian telah ditentukan oleh Allah s.a.w sejak dari azali lagi...tanpa dirancang...tanpa dipinta.....
" Khairul bila kau balik? Tak nampak pun batang hidung kau selama ni?"
"Aku balik Kuala Lumpur dan menetap di sana, kau apa khabar?"
Khairul dan Halim memang berkawan rapat sejak di bangku sekolah lagi. Pertemuan mereka membuatkan mereka terleka walaupun hari seudah lewat senja.
"Eh, okeylah aku balik dulu, mak aku tunggu kt rumah tu agaknya."
"Ye la...kirim salam pada mak kau ye nanti."
Di keheningan malam yang panjang, Khairul bersandar pada tinag di dalam rumahnya, dia memikirkan masa depannya, lebih-lebih lagi ibunya yang sudah tua. Ayahnya sudah lama pulang ke rahmatullah kerana Allah lebih menyayanginya.
"Apa yang kau menungkan tu? Teringat makwe dekat K.L ke?" Khairul tersentak dari lamunannya. Dia hanya mengukirkan senyuman, ibunya tersenyum faham.
"Bukanlah mak, saya sedih nak tinggalkan mak seorang diri di rumah ni, lagipun ayah dah laman tiada."
"Tak perlulah kau risau tentang mak, teruskan sahaja belajar, mak masih ada tenaga dan jangan hampakan harapan mak." lembut ibunya berbicara, tenang hati Khairul mendengarnya. Dia terpaksa akur dengan kehendak ibunya. Dua hari lagi dia akan pulang ke Kuala Lumpur untuk meneruskan kuliahnya seperti biasa.
"Saya balik dulu ye mak, doakan moga Khairul berjaya."
"Ya, InsyaAllah mak doakan. Belajar rajin-rajin, ingat pesan mak." Itulah pesan mak setiap kali ingin pulang ke K.L, perjalanan yang memakan masa 4jam itu amat membosankan baginya. Hinggalah dia terlena.
"Adik...bangun...sudah sampai." Khairul terjaga setelah dikejutkan oleh penumpang disebelahnya.
...to be continue... :)